AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Klang, Kuala Langat diramal hujan lebat hingga 2 petang

SHAH ALAM, 3 SEPT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda dua daerah di Selangor iaitu Klang dan Kuala Langat hingga 2 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Negeri Sembilan.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :