Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan pembentangan Belanjawan Selangor 2023 di Bangunan SUK pada 25 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Belanjawan Selangor 2024 dibentang 10 November

SHAH ALAM, 18 OKT: Belanjawan Selangor 2024 diadakan pada 10 November depan, kata Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS).

Menurut Lau Weng San, pembentangan jangkaan kos perbelanjaan tahunan itu bersekali dengan sidang DNS yang berlangsung selama dua minggu.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San

“Belanjawan tahun depan yang bakal dibentang Dato’ Menteri Besar menjamin kehidupan dan keperluan rakyat. Kita fokus untuk meluluskan belanjawan terbabit.

“Sepanjang persidangan, berkemungkinan rang undang-undang perbekalan tambahan tahun ini juga diluluskan selain setiap EXCO menghujah portfolio masing-masing,” katanya kepada Selangorkini.

Awal bulan lalu, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan belanjawan tahun depan dijadual dibentang pada pertengahan November dan sedang menunggu perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Bagi belanjawan negeri tahun ini, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion.


Pengarang :