Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap dalam sidang media di foyer pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 4 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Belanjawan Selangor 2024 dibentang tengah November

SHAH ALAM, 4 OKT: Belanjawan Selangor 2024 dijadual dibentang dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pertengahan bulan depan, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau memaklumkan pentadbiran negeri sedang menunggu perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung perkara itu.

“Pertengahan November kita akan adakan sesi bajet dan sidang DUN, kita menunggu perkenan Tuanku. Ia berjalan sekali dengan sidang DNS,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bagi belanjawan negeri tahun ini, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentang Belanjawan Persekutuan 2024 pada 13 Oktober di Parlimen.

 

 


Pengarang :