Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 11 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perlis.

Cuaca buruk itu juga diramal melanda beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :