Orang ramai yang hadir pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang pada 27 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah ayam, telur, beras di tiga lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 2 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) barangan asas seperti ayam, ikan, telur dan beras diteruskan di tiga lokasi pada 10 pagi, hari ini.

Insiatif meringankan beban rakyat kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di balai raya MPKK, Jalan Balai Raya Kampung Bukit Cherakah (Ijok); Pasar Tani Kampung Melayu Subang (Kota Damansara) dan Flat Taman Dagang, fasa 2 (Bukit Antarabangsa).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :