Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada 14 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerajaan laksana proses bawa pulang lima rakyat Malaysia di Palestin

SHAH ALAM, 12 OKT: Kerajaan sedang melaksana proses evakuasi (pemindahan) bagi membawa pulang lima rakyat Malaysia yang terkandas di zon krisis Tebing Barat.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Wisma Putra berjaya menghubungi seorang doktor rakyat Malaysia yang berada di Palestin setakat ini .

“Kita sudah hubungi Dr Nurul Ain Latif, rakyat Malaysia yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan mengahwini lelaki Palestin.

“Keadaan mereka disahkan selamat dan kita juga bekerjasama dengan Kedutaan Filipina untuk membawa mereka dan beberapa rakyat Indonesia pulang,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Tuan Tan Hong Pin (Pakatan Harapan-Bakri) pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Wisma Putra dalam kenyataannya semalam mengesahkan lima rakyat Malaysia iaitu seorang wanita dan seorang ibu bersama tiga anaknya berada di Tebing Barat ketika ini.

Wisma Putra turut menasihatkan warga Malaysia menangguhkan rancangan mengunjungi Tebing Barat berikutan konflik Israel-Palestin yang dilihat semakin berlarutan.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 1,100 rakyat Palestin terbunuh manakala 5,339 cedera dalam serangan udara rejim Israel sejak 7 Oktober.


Pengarang :