Pemandangan bandar raya Shah Alam yang dilanda jerebu pada 13 September 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kualiti udara di Banting, Klang tidak sihat setakat 2 petang

SHAH ALAM, 8 OKT: Dua kawasan di Selangor merekodkan Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 2 petang, lapor Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims).

Menurut laman web berkenaan, kawasan tersebut ialah Banting (152) dan Klang (124).

Turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Putrajaya (151) dan dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Batu Muda (103) dan Cheras (155).

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan IPU 162, Seremban (151) dan Port Dickson (155), manakala Alor Gajah dan Bandaraya Melaka masing-masing 154 dan Bukit Rambai (163).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk pautan https://apims.doe.gov.my/home.html untuk mengetahui IPU terkini.

Pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini berikutan kemarau lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.

 

 


Pengarang :