Aktiviti pengasingan barangan kitar semula mengikut kategori oleh pelajar-pelajar sekolah pada Hari Terbuka Kitar Semula MPAJ di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah pada 21 Jun 2023. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ sedia mesin kitar semula bolehkan pengguna terima bayaran terus

SHAH ALAM, 4 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan mesin kitar semula dikenali ‘Reverse Vending Machine’ (RVM) yang membolehkan pengguna menerima bayaran terus ke dalam akaun bank.

Berdasarkan perkongsian info grafik di Facebook MPAJ, mesin kitar semula mesra pengguna pertama di MPAJ itu disediakan untuk memberi kesedaran dan kemudahan kepada orang awam melupuskan barangan kitar semula.

Mesin RVM itu terletak di ruang legar aras 1 Menara MPAJ. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 03-4285 7044 atau emel ke [email protected].

Pengoperasian mesin RVM adalah seperti berikut:

1. Imbas kod QR di barangan kitar semula (botol plastik, tin minuman, kotak minuman)
2. Masuk ke dalam mesin RVM selepas disahkan oleh sistem mesin. (kosongkan air di dalam tin, botol plastik dan kotak minuman.
3. Tebus ganjaran menggunakan aplikasi bank mengikut kadar harga semasa barangan. Contoh: satu botol plastik ganjaran tebus lima sen.
4. Duit tebusan barangan kitar semula akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima selepas disahkan oleh mesin RVM


Pengarang :