Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap dalam sidang media di foyer pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 4 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor tidak cadang teroka nadir bumi sebagai sumber pendapatan

SHAH ALAM, 4 OKT: Kerajaan Selangor tidak bercadang meneroka unsur nadir bumi (REE) sebagai sumber pendapatan negeri meskipun memiliki unsur berkenaan.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin menegaskan keputusan itu selaras dasar pentadbiran negeri sejak 2016.

“Kita konsisten tiada niat untuk meneroka REE walaupun dimaklumkan terdapat unsur itu di Selangor.

“Kalau nak teroka, kena buat SOP (tatacara operasi piawai). Sekarang teroka pun tidak, kalau ada percubaan kita akan ambil tindakan wajar,” katanya.

Semalam, Menteri Sumber Asli Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Kerajaan Negeri dibenarkan meneroka REE berdasarkan SOP sedia ada untuk perlombongan nadir bumi dan mineral.

Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral dengan melihat keperluan melaksanakan rangka kerja kebangsaan bagi industri berkenaan.


Pengarang :