Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RS-1 pacu pelaburan berkualiti, buka peluang kerja bergaji tinggi

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Selangor menyasarkan pelaburan berkualiti seiring dengan perkembangan industri semasa sekali gus membuka peluang kerja bergaji tinggi kepada rakyat.

Dato’ Menteri berkata sektor dikenal pasti meliputi pengangkutan awam, automasi, penyelesaian perubahan iklim, bioteknologi dan farmaseutikal sebagai persediaan sekiranya berdepan endemik atau wabak penyakit.

“Pelaburan perniagaan bukan berdasarkan masa lalu semata-mata, kita miliki dasar jelas. Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menjadi penggerak kepada langkah ini kerana memiliki pelan yang mampan.

“Kita perlu mencari jalan untuk memenuhi permintaan memandangkan ekonomi semakin baik selain dapat menawar kerjaya bergaji tinggi kepada rakyat Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari berucap merasmikan Sidang Kemuncak Niaga Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau berkata program bertaraf antarabangsa dan memasuki edisi ketujuh itu menyasarkan transaksi nilai pelaburan sehingga RM1.5 bilion sepanjang empat hari penganjuran.

Sidang turut disertai agensi kerajaan termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Majlis Amanah Rakyat dan Jabatan Perikanan Malaysia.

China, Indonesia, Japan, Uganda, Vietnam, Kazakhstan, Korea, Turki, Kenya dan Australia antara negara luar yang mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini.

Tahun lalu, ekspo disertai 623 pempamer menerima 44,342 pelawat dan mencatat nilai potensi rundingan berjumlah RM1.45 bilion.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :