Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan (kiri) dan Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua, kanan) menyantuni mangsa banjir pada majlis sumbangan kepada 30 keluarga mangsa banjir di MPKK Kampung Batu 3, Semenyih, Hulu Langat pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

30 keluarga mangsa banjir Semenyih terima bantuan MBI

HULU LANGAT, 4 NOV: Sebanyak 30 keluarga di Kampung Batu 3, Semenyih yang terjejas banjir Julai lalu menerima bantuan RM7,500 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata setiap keluarga menerima sumbangan wang tunai RM250.

“Saya difahamkan sebelum ini Ahli Parlimen Hulu Langat (Mohd Sany Hamzan) sudah menyalurkan bantuan awal dan hari ini kita salurkan bantuan tambahan kepada mangsa terlibat.

Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan (tengah) dan Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bersama penerima pada majlis sumbangan kepada 30 keluarga mangsa banjir di MPKK Kampung Batu 3, Semenyih, Hulu Langat pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Diharap bantuan ini sedikit sebanyak membantu menampung keperluan mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan serahan bantuan di Bilik Gerakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu 3, Semenyih di sini, hari ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap pada majlis sumbangan kepada 30 keluarga mangsa banjir di MPKK Kampung Batu 3, Semenyih, Hulu Langat pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sementara itu, Mohd Sany berkata pihaknya berterima kasih atas keprihatinan MBI yang cakna dengan keperluan penduduk dalam keadaan ekonomi mencabar ini.

“MBI adalah salah satu agensi agensi Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin dan aktif dalam menjaga kebajikan mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu penerima, Sharaini Wani, 40, berkata bantuan yang diterima akan digunakan untuk membeli barang keperluan rumah yang rosak akibat banjir.

Mangsa banjir, Sharaini Wan,40. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kejadian ini menyebabkan banyak barang rosak walaupun sudah diselamatkan, kita tak jangka air naik secara tiba-tiba.

“Saya duduk di Kampung Batu 3 sejak 20 tahun lalu, banjir memang kerap berlaku terutama jika hujan lebat. Terima kasih atas sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat juga menampung keperluan kami,” katanya.


Pengarang :