Orang ramai mengujungi Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang di Sekolah Agama Kampung Sijangkang pada 7 November 2023. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

300 serbu jualan murah DUN Pelabuhan Klang sempena Deepavali

KLANG, 7 NOV: Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang diadakan hari ini bagi memberi peluang kepada kaum India membuat persiapan menyambut Deepavali.

Berlangsung di Sekolah Agama Kampung Sijangkang di sini, Ketua Kampung Muhammad Zahirudin Muhammad berkata program mendapat sambutan apabila lebih 300 pengunjung menyerbu jualan tersebut.

Ketua Kampung Sijangkang Muhammad Zahirudin Muhammad

“Kita mengambil inisiatif bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk menganjurkan program ini bagi memberi peluang penduduk mendapatkan barangan keperluan asas.

“Segelintir penduduk di sini juga kaum India mereka boleh membeli-belah di JER untuk membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali,” katanya.

Muhammad Zahirudin juga berkata beliau akan bekerjasama erat dengan PKPS untuk menganjurkan JER secara lebih kerap di kawasan itu terutama menjelang musim perayaan.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 3,000 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau http://pautan linktr.ee/myPKP


Pengarang :