AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, lima daerah di Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 7 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lima daerah di Selangor sehingga jam 4 petang ini.

Agensi itu memaklumkan daerah terlibat adalah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat selain Kuala Lumpur.

Cuaca sama diramal melanda beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :