Kumpulan Perangsang Selangor Bhd
AGENSISELANGOR

Anak syarikat KPS dapat kontrak rawatan air lebih RM162 juta

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Anak syarikat milik 51 peratus Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), Aqua-Flo Sdn Bhd memeterai perjanjian rangka kerja dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd untuk membekal dan menghantar bahan kimia rawatan air yang dianggarkan bernilai RM162.18 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pemegangan pelaburan itu berkata kontrak selama dua tahun berkenaan akan bermula dari 1 Jan 2024 hingga 31 Dis, 2025.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan KPS sepanjang tempoh kontrak.

“Risiko yang berkaitan dengan kontrak itu adalah terutamanya turun naik dalam mata wang asing berbanding ringgit, harga produk kimia dan bekalan bahan,” katanya.

-BERNAMA


Pengarang :