AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Hulu Langat antara kawasan diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 22 NOV: Enam daerah di negeri ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang ni.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan lebat disertai ribut petir dan angin kencang di seluruh Kuala Lumpur selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :