Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Gombak antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 15 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal ribut petir dan hujan lebat melanda lima daerah di Selangor sehingga 7 malam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

cuaca sama turut dijangka berlaku seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Perak selain beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

Keadaan sama turut diramal melanda beberapa daerah di Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :