Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Klang diramal hujan lebat hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 9 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Kuala Selangor dan Klang sehingga jam 11 pagi.

Agensi itu memaklumkan keadaan sama turun melanda beberapa kawasan Perak, Kelantan, Terengganun dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :