Orang ramai membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Bandar Baru Ampang, Ampang Jaya pada 24 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPAJ buka permohonan tapak bazar Ramadan, sedia 934 petak

SHAH ALAM, 8 NOV: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuka permohonan Lesen Sementara Bazar Ramadan (LSBR) dan Permit Sementara Bazar Ramadan (PSBR) bagi 934 petak perniagaan di 17 lokasi tahun depan.

MPAJ menerusi Facebook memaklumkan peniaga yang berminat dan syarat lanjut boleh disemak dan dipohon secara dalam talian menerusi https://intranet.mpaj.gov.my/penjaja/login.php

Pemilihan petak, bayaran serta cetakan lesen atau permit bazar Ramadan boleh dilaksanakan seawal 2 Disember melalui sistem yang sama.

Bagi jualan di lokasi selain petak bazar Ramadan ditetapkan, peniaga perlu membuat permohonan PSBR dan pemilihan tapak perlu bersesuaian serta tidak menimbulkan kacau ganggu.

Kadar bayaran bagi LSBR setiap petak 10×10 termasuk kos pengurusan, caj tempat letak kenderaan dan pembersihan adalah RM430 (air tebu dan kelapa) dan RM400 (makanan dan minuman).

“Manakala kadar bayaran bagi PSBR termasuk kos pengurusan, caj tempat letak kenderaan dan pembersihan adalah RM600 (air tebu dan kelapa) dan RM580 (makanan dan minuman).

Senarai lokasi bazar Ramadan MPAJ 2024

Pandan Indah
– Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah (114)
– Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana (80)
– Tempat Letak Kereta (TLK) Jalan Pandan 3, Pandan Jaya (38)

Hulu Kelang
– TLK Jalan Melawati 1A, Taman Melawati (128)
– Jalan AU1D, Keramat Permai (50)
– Jalan AU2, Keramat (50)
– Jalan AU5, Keramat (TLK depan medan selera) (23)
– Jalan E1, Taman Melawati (20)
– Taman Permata (8)

Lembah Jaya
– Taman Sri Bayu (110)
– Bukit Indah (70)
– Taman Sri Watan (40)

Bukit Antarabangsa
– Jalan Ukay Perdana 1, Ukay Perdana (25)
– Bandar Baru Ampang (130)
– Jalan Wangsa 2, Bukit Antarabangsa (12)
– Permai Court, Taman Dato’ Ahmad Razali (16)
– Pandan Cahaya (20)


Pengarang :