Orang ramai membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di tapak Pasar Tani Kampung Melayu Subang pada 2 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang beli barangan dapur murah di enam lokasi termasuk Segi Fresh hari ini

SHAH ALAM, 19 NOV: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lokasi pada esok

Jualan murah diadakan di Dewan MBSA Pulai Seksyen 27A (Kota Kemuning), Jalan Tasik Tambahan 1, Kampung Tasik Tambahan (Lembah Jaya) dan Flora Damansara (Bukit Lanjan).

Program JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan aneka keperluan berkualiti pada harga murah dengan mengunjungi di tiga Pasaraya Segi Fresh di Saujana Utama, Kuala Selangor dan Kajang

Produk ditawarkan antaranya ayam mentah RM6.99 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan), tepung gandum (RM2/pek) dan minyak masak 5kg (RM25)

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 3,000 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :