Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Petaling, Gombak antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 20 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh daerah di Selangor hingga 5 petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :