Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 23 NOV: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama turut melanda seluruh Negeri Sembilan dan Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :