Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping memberi penerangan mengenai Sekolah Digital Selangor pada majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Universiti Selangor dan The Hive Asia Tenggara di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tubuh pusat kecerdasan buatan langkah tepat teroka teknologi baharu, lahir pakar tempatan

SHAH ALAM, 13 NOV: Penubuhan Pusat Kecerdasan Buatan Selangor adalah langkah tepat untuk merebut peluang dalam bidang teknologi baharu yang sedang berkembang di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berkata penubuhannya seiring matlamat Sekolah Digital Selangor (SDS) untuk melahirkan lebih ramai bakat dalam bidang teknologi kecerdasan buatan.

“SDS ditubuhkan Sidec untuk melatih 600 pelajar dalam bidang AI dan menyalurkan mereka kepada syarikat teknologi untuk menyediakan lebih ramai bakat dalam bidang itu.

“Kelas pertama kami sudah dimulakan bulan ini dengan sekurang-kurangnya 30 pelajar jurusan Sains Komputer Universiti Selangor (Unisel) mempelajari bidang berkaitan kejuruteraan AI,” kata Yong Kai Ping kepada Selangorkini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 berkata bagi memastikan Selangor dapat merebut peluang luas dalam industri ini yang juga mempunyai kesan limpahan dalam memantapkan sistem perkhidmatan kerajaan, Pusat Kecerdasan Buatan Selangor akan ditubuhkan dengan peruntukan RM1 juta.

Katanya usaha ini akan meliputi penjalinan kerjasama dengan syarikat berteknologi yang mempunyai kepakaran dalam bidang AI bagi menarik pelaburan dan menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang ini.

 


Pengarang :