Sukarelawan Hydro Heroes membersihkan kawasan Lighthouse Children Welfare Home Association. Foto Facebook Air Selangor
AGENSISELANGOR

Air Selangor baik pulih paip tiga rumah kebajikan kanak-kanak

SHAH ALAM, 25 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) membaik pulih paip dalaman tiga rumah kebajikan kanak-kanak sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut hantaran Facebook, Program Sesama Mara melibatkan Lighthouse Children Welfare Home Association, Praise Emmanuel Children’s Home dan Overcomer Care Centre.

Bantuan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu turut menyumbang keperluan asas seperti barangan dapur, makanan dan kelengkapan rumah.

Air Selangor juga membersihkan kawasan Lighthouse Children Welfare Home Association melibatkan 17 sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada warga kerjanya.

Mana-mana pihak yang berminat menyertai Air Selangor menyumbang makanan kepada golongan kurang berkemampuan boleh melayari https://www.airselangor.com/sesamamara/

Baru-baru ini, Air Selangor memperuntuk sebanyak RM459,154 bagi melaksana CSR menerusi Program Sesama Mara pada tahun lalu.

Jelas Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Ir Abas Abdullah, peruntukan bagi menjayakan program kebajikan yang diperkenal sejak Covid-19 itu meningkat berbanding 2021 iaitu RM321,710.


Pengarang :