Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Sabah mulai Isnin

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada selama empat hari bermula Isnin ini di Pahang dan Johor manakala di Sabah pada 18 dan 19 Dis.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan sekitar Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, di Johor, dan Rompin di Pahang.

Di Sabah, amaran hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

— BERNAMA


Pengarang :