AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 7 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor hingga 6 petang.

Menurut agensi itu di Facebook, hujan lebat disertai ribut petir turut melanda Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Melaka selain beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :