AGENDANASIONAL

KL, Klang, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 5 petang.

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 5 DIS: Hujan lebat diramal melanda lima daerah di Selangor iaitu Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga lima petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut menjangkakan hujan lebat disertai ribut petir di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :