AGENDANASIONAL

Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 12 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta ribut petir di Kuala Langat dan Sepang hingga 1 tengah hari.

Jabatan itu memaklumkan cuaca sama dijangka melanda Putrajaya dan beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :