Kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menanam pokok hiasan ketika program ‘Shah Alam Trees For Life’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam di Taman Tasik Shah Alam pada 13 Disember 2023. Foto Majlis Bandaraya Shah Alam
PBTSELANGOR

MBSA tanam 177,899 pokok pelbagai spesies sejak 2010

SHAH ALAM, 13 DIS : Sebanyak 177,899 pokok pelbagai spesies ditanam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi program ‘Shah Alam Trees For Life’ sejak 2010.

Pemangku Datuk Bandar Cheremi Tarman berkata penanaman anak pokok itu juga seiring agenda menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030.

“MBSA sudah menganjurkan 68 program penanaman pokok melibatkan lebih 22,000 sukarelawan daripada pelbagai institut pengajian tinggi, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan syarikat korporat dan swasta,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas (tengah) bersama Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman bergambar bersama kakitangan PKNS dan MBSA pada program ‘Shah Alam Trees For Life’ di Taman Tasik Shah Alam pada 13 Disember 2023. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI

Ditemui selepas program ‘Shah Alam Trees For Life’ di Taman Tasik Shah Alam hari ini, Cheremi berkata pihaknya berhasrat memberi penekanan kepada pengindahan bandar raya Shah Alam pada tahun depan.

Selain penanaman pokok, jelasnya MBSA turut mengadakan program seperti Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Perintis Hijau, Dusun@My Sekolah dan penyediaan trek basikal.

“Kita akan turut memberi penekanan kepada aspek pengindahan landskap termasuk menaik taraf infrastruktur di seluruh bandar raya ini,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas (empat, kanan) bersama Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman (empat, kiri) melakukan gimik perasmian menanam pokok pada program ‘Shah Alam Trees For Life’ di Taman Tasik Shah Alam pada 13 Disember 2023. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI

Pengarang :