AGENDAJENAYAH

Remaja dikhuatiri lemas selepas hilang di tali air

KUANTAN, 15 DIS: Remaja berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai hilang ketika mandi di tali air di perkampungan Indera Sempurna di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dilaporkan kali terakhir dilihat pada 3.50 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sejak petang tadi,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau di sini, difahamkan ke tali air itu bersama enam rakan.

– BERNAMA


Pengarang :