AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 21 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 8 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur selain berapa daerah di Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :