AGENDANASIONAL

Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 18 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat dan ribut petir melanda Kuala Langat dan Sepang hingga 6 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :