Orang ramai membeli barangan asas sempena Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Masjid Al Falah Meru pada 15 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kunjungi empat lokasi jualan murah barangan asas hari ini

SHAH ALAM, 21 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari, jualan murah itu diadakan berhampiran 99 Speedmart 1414 Jalan Tepi Sungai (Bandar Baru Klang); Dewan Orang Ramai Ampang Mewah (Lembah Jaya); Masjid Ubudiyyah, Seksyen 9 (Batu 3) dan Surau Ar Raudhah, Saujana Impian (Kajang).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Tahun lalu PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 berikutan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book Records( MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :