Orang ramai dibawa menaiki beca mengelilingi bandar Kuala Kubu Bharu ketika majlis percubaan perkhidmatan beca dan basikal rekreasi pintar yang disediakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di bandar berkenaan pada 12 Januari 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Peluang naik beca sambil nikmati keindahan Kuala Kubu Bharu

SHAH ALAM, 13 JAN: Orang ramai kini berpeluang menikmati keindahan sekitar bandar Kuala Kubu Bharu dengan menaiki beca dan basikal rekreasi pintar yang disediakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Menurutnya, perkhidmatan yang masih dalam tempoh percubaan itu adalah inisiatif untuk mempromosi kegiatan pelancongan di daerah berkenaan selain sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Selangor 2025.

“Perkhidmatan dengan kerjasama Cycledios Management Sdn Bhd ini bertujuan mempelbagaikan lagi aktiviti pelancongan sekali gus menarik minat pelancong datang ke Hulu Selangor.

“Cadangan laluan beca yang akan digunakan bagi fasa pertama ini adalah di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu sementara laluan lain akan dibuka pada fasa seterusnya sekiranya aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Antara kemudahan beca dan basikal rekreasi pintar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi mempromosikan aktiviti pelancongan di daerah berkenaan serta persiapan menyambut Tahun Melawat Selangor 2025. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memaklumkan beberapa usaha dimulakan tahun ini sebagai persediaan menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025.

Kerajaan Negeri turut menyasarkan seramai lapan juta pelancong tempatan dan luar negara mengunjungi Selangor sempena kempen berkenaan.

 

 

 


Pengarang :