EXCO Pelancongan Ng Suee Lim (kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad pada sesi dialog awam kakitangan Tourism Selangor di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 22 September 2023. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Sasar lapan juta pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2025

SHAH ALAM, 22 SEPT : Seramai lapan juta pelancong tempatan dan luar negara disasar melawat ke negeri ini sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

EXCO pelancongan berkata pihaknya dengan kerjasama Tourism Selangor giat melaksanakan promosi ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ bagi segmen domestik dan`Splendid Selangor, Take Me Anywhere! di peringkat global.

“Dua kempen ini dilancarkan sejak tahun 2020 dan telah memberi impak yang sangat positif. Kita akan mempertingkatkan promosi terutama pada awal tahun depan bagi merealisasikan sasaran Tahun Melawat Selangor 2025.

“Pihak kami juga bercadang meletakkan iklan kempen pada semua Bas Smart Selangor termasuk menghebahkan video kempen pelancongan di skrin pengangkutan awam sekitar negeri in,” katanya.

Ng Suee Lim berkata demikian ketika berucap pada program sesi bertemu media dan dialog awam kakitangan Tourism Selangor bersama EXCO Pelancongan di Bangunan Darul Ehsan di sini hari ini.

Beliau turut bertekad memastikan pembangunan produk pelancongan di Selangor sentiasa mampan, berdaya saing dan inklusif.

“Selain promosi dalam negeri kita juga bercadang untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia dan agensi pelancongan di negeri lain termasuk mengadakan beberapa program promosi di negara Asean,” katanya.


Pengarang :