AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat diramal hujan lebat hingga 4 petang ini

SHAH ALAM, 6 JAN : Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di tiga daerah di Selangor hingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan tiga daerah berkenaan adalah Sabak Bernam, Klang dan Kuala Langat.

Cuaca sama dijangka turut melanda di beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :