AGENSISELANGOR

Badut belon, lukisan muka antara aktiviti menarik Taman Botani musim cuti sekolah

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 10 FEB: Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) menyediakan pelbagai aktiviti menarik secara percuma sepanjang cuti sekolah mulai hari ini.

TBNSA memaklumkan aktiviti itu termasuk membuat perhiasan tanah liat, belon buih gergasi, lukisan muka dan badut belon.

“Turut disediakan kelas penanaman pokok dan mengenali tumbuhan herba, aktiviti seni dan kraf selain mendekati haiwan terpilih di ladang haiwan Hussin Fauzi.

“Program bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan jadual aktiviti boleh disemak menerusi media sosial rasmi TBNSA atau di pautan http://www.tbnsa.gov.my,” kata TBNSA menerusi Facebook.

Tiket masuk TBNSA adalah RM1 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas manakala remaja dan dewasa (RM3).

Golongan orang kurang upaya dan kanak-kanak bawah lima tahun adalah percuma.

Sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, TBNSA beroperasi seperti biasa 10 hingga 12 Februari ini.


Pengarang :