Orang ramai membeli barangan barangan keperluan asas murah ketika program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Sementa di Dewan Serbaguna Dato Ahmad Razali, Klang pada 31 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dapatkan barangan dapur murah di lapan lokasi hujung minggu ini

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 16 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjual barangan asas pada harga murah diteruskan ke lapan lagi lokasi pada Sabtu dan Ahad ini.

Jualan yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari diadakan di perkarangan Balai MPKK Kampung Parit Serong (Permatang), Desa Pinggiran Putra (Sungai Pelek), IPD Subang Jaya (Subang Jaya) dan padang permainan Perkampungan Orang Asli Tekala (Semenyih) pada Sabtu.

Manakala, pada Ahad JER diadakan di perkarangan Restoran Central Central (Kota Kemuning), Surau Al-Husna, Seksyen 20 (Batu Tiga), Padang Taman Kajang Putra (Kajang) dan Dewan Palembang Kampung Rantau Panjang (Sementa).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Tahun lalu PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 daripada Malaysia Book of Records (MBOR) berikutan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :