Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

JER rehat tiga hari sempena Tahun Baharu Cina, kembali operasi 13 Februari

SHAH ALAM, 8 FEB: Jualan Ehsan Rahmah (JER) berehat seketika selama tiga hari mulai 10 Februari sempena Tahun Baru Cina

Program jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kembali beroperasi pada 13 Februari.

“10 hingga 12 Februari ini JER berehat sekejap dan jumpa semua pada hari Selasa, 13 Februari nanti. Selamat menyambut Tahun Baharu Cina,” maklum PKPS di Facebook.

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Tahun lalu PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 berikutan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book Records( MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :