Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah meninjau kawasan Hutan Simpan Ulu Selangor dan Santuari Ikan Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Muda tinjau Hutan Simpan Ulu Selangor, lokasi lindung ikan di Sungai Chiling

HULU SELANGOR, 22 FEB: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenaan menanam pokok Damar Minyak di Hutan Simpan Ulu Selangor di sini, sempena Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor.

Tengku Amir Shah turut meninjau Santuari Ikan Sungai Chiling yang diwujudkan untuk melindungi spesies kelah dan tengas sebelum berjalan di kawasan hutan simpan berkenaan sejauh kira-kira 1.5 kilometer.

Terdahulu Baginda mendengar taklimat mengenai santuari ikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor Azhar Ahmad.

Santuari Ikan Sungai Chiling dibuka Jabatan Perikanan Selangor pada 2005 dan diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada 2007.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah meninjau kawasan Hutan Simpan Ulu Selangor dan Santuari Ikan Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Malam ini, Tengku Amir dijadual berangkat ke Majlis Perasmian Gagasan Rumpun Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu yang turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Hari ketiga Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor diteruskan esok dan Raja Muda dijadual berangkat menunaikan solat subuh di Masjid Warisan Al-Hidayah, Taman Ampang Pechah sebelum mencemar duli ke Alor Lempah dan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu.

Sebelum ini, Amirudin ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperkenalkan Gagasan Rumpun Selangor bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini.

Pengarang :