AGENDANASIONAL

Klang, Gombak antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 8 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling hingga 1 tengah hari.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda Kuala Lumpur, Melaka dan beberapa daerah di Johor serta Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :