Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang menyita kerusi dan meja makan sebuah restoran di Bukit Rawang Putra, Gombak pada 6 Mac 2024. Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

Ganggu trafik, MPS sita kerusi, meja restoran di petak parkir

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 8 MAC: Tindakan sebuah restoran di Bukit Rawang Putra meletakkan kerusi dan meja di petak parkir membawa padah apabila disita Majlis Perbandaran Selayang (MPS), kelmarin.

Menurut MPS, tindakan menyita 20 meja dan 73 kerusi bawah kesalahan Seksyen 46(1)D Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 diambil berikutan menimbulkan kacau ganggu dan trafik.

“Jabatan Penguatkuasa MPS turut mengeluarkan empat kompaun bawah Undang-undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Undang-undang Kecil (UUK) 3 Penjaja dan Undang-undang Kecil (UUK) Pengendalian Makanan (MPS) 2007,” menurut pihak berkuasa tempata itu di Facebook.

MPS turut memaklumkan pemantauan berterusan dilaksana dan tindakan dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan.


Pengarang :