SHAH ALAM, 21 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 10 malam.
Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir turut melanda Kuala Lumpur selain beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.