AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa seluruh Selangor, tiga negeri lain hingga 6 petang

SHAH ALAM, 16 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga 6 petang.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Keadaan sama diramal melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Pahang.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :