AGENDANASIONAL

Klang, Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 23 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Klang dan Kuala Selangor sehingga 11 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama berlaku di Tanah Tinggi Cameron dan Bentong, Pahang.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam boleh merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :