Tokoh ulama Patani Baba Ismail Sepanjang ketika program Siri Talaqqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan (mendalami khazanah kitab islam) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Majlis telaah kitab dapat sambutan, tampil tokoh ulama Pattani

SHAH ALAM, 24 APRIL: Program Siri Talaqqi Kitab Turath Islami yang memasuki tahun kedua penganjurannya terus mendapat sambutan dengan menampilkan tokoh ulama Pattani.

Diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni mengupas kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali.

Tokoh tersebut turut mengupas kitab Mawaqif al-Marjan yang merupakan karya tafsir beliau sendiri berdasarkan kitab asal: Manahil Irfan.

Program anjuran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) itu merupakan kesinambungan daripada Festival Turath Islami Selangor yang diadakan Mei tahun lalu.

Melibatkan dua sesi pada hari ini, program tersebut berlangsung pada kuliah Dhuha (9.30 pagi hingga 12 tengah hari) dan kuliah isyak (9 hingga 11 malam).

Program tersebut diteruskan pada Jumaat ini bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Festival Turath Islami Selangor diadakan bermula tahun lalu untuk memartabat syiar Islam menerusi penganjuran majlis ilmu mendalam yang menampilkan syarahan tokoh ulama antarabangsa.

Program cetusan idea Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berjaya menarik lebih 10,000 peserta termasuk pelajar keagamaan dari Indonesia, Thailand dan Singapura.

Siri tersebut turut dianjurkan bersama Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath, pejabat Dato’ Menteri Besar dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Pengarang :