Petugas membuat persiapan menyediakan barangan asas ketika program Jualan Ehsan Rahmah kendalian PKPS di Pangsapuri Seri Perantau, Klang pada 10 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang dapatkan barangan dapur murah di empat lokasi JER hari ini

SHAH ALAM, 21 APRIL: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijadual berlangsung di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Balai MPKK Balai JKK Kampung Batu 14 (Seri Serdang), dewan serbaguna Kampung Chuang Rasa (Kuala Kubu Bharu), gelanggang bola keranjang sebelah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tche Min (Sungai Pelek) dan Laman Naluri, Jalan Besar Kundang (Kuang).

Inisiatif jualan murah itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :