AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 20 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda Sabak Bernam dan Kuala Selangor sehingga 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook turut memaklumkan cuaca sama turut melanda seluruh Pulau Pinang dan Melaka selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor dan Sarawak.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :