Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melihat pemandangan kawasan tasik sempena Majlis Perasmian Kompleks LakePoint Setia AlamImpian, Shah Alam pada 20 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Sultan rasmi Kompleks Lakepoint Setia AlamImpian, lokasi berprestij di Lembah Klang

SHAH ALAM, 20 APRIL : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan perasmian Kompleks Lakepoint Setia AlamImpian di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda sekitar jam 10.15 pagi bersama DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut Pengerusi SP Setia Yang Amat Mulia Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim.

Syed Anwar dalam ucapannya berkata Kompleks LakePoint Setia AlamImpian berkeluasan 1,235 ekar itu dibuka kepada orang ramai pada Ogos tahun lalu dan telah menarik kira-kira 12,000 pengunjung setiap bulan.

“Kompleks LakePoint ini merangkumi LakePoint Central (pusat runcit), LakePoint Club (rumah kelab) dan LakePoint Gallerie (galeri jualan dan pejabat), yang terletak bersebelahan LakePoint Park (taman dan tasik).

“Sejak dibuka, kita telah menerima sambutan yang menggalakkan gus mengukuhkan kedudukan Setia AlamImpian sebagai salah satu alamat berprestij di Lembah Klang,” katanya.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan membuat gimik perasmian melepaskan belon ke udara sempena Majlis Perasmian Kompleks LakePoint Setia AlamImpian, Shah Alam pada 20 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

LakePoint Central merangkumi kawasan ruang runcit yang boleh disewa bersih seluas 28,038 kaki persegi, dengan senarai penyewa yang menarik termasuk Urban Marketplace, JomPa Café, RAWI Authentic Fusion Cuisine, The Gorpis Kafe dan galeri seni oleh UITM (Crystal Art Gallery).

Selain itu, Kelab LakePoint menawarkan kemudahan rekreasi termasuk empat gelanggang badminton, gelanggang futsal, kolam renang infiniti bersaiz olimpik, sauna, studio tarian, bilik permainan, gim yang menghadap ke LakePoint Park dan dewan besar yang boleh memuatkan 1,000 orang.

Setia AlamImpian dilancarkan pada November 2006 oleh ISP Group Sdn Bhd sebagai AlamImpian sebelum penggabungan Kumpulan I&P dengan SP Setia pada 2017, sejurusnya terus berkembang dengan prestasi jualan yang baik.

Setia AlamImpian memiliki nilai pembangunan kasar berjumlah RM8.2 billion terdiri daripada tujuh kawasan landskap bertema seni persembahan, seni halus, seni muzik, seni digital, seni sinematik, seni industri dan seni minimalis.

Pada suku keempat tahun ini Setia AlamImpian bakal membangunkan 20,000 unit rumah berkembar dan banglo yang dijangka siap sepenuhnya pada 2036 dengan sasaran penduduk mencecah hampir 80,000 orang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melakukan gimik perasmian sempena Majlis Perasmian Kompleks LakePoint Setia AlamImpian, Shah Alam pada 20 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima canderakasih dari Pengerusi S P Setia Berhad YAM Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail sempena Majlis Perasmian Kompleks LakePoint Setia AlamImpian, Shah Alam pada 20 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin berkenan bergambar bersama ketika meninjau kawasan tasik sempena Majlis Perasmian Kompleks LakePoint Setia AlamImpian, Shah Alam pada 20 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :