Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk membeli barang keperluan pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kota Kemuning di JMB Pangsapuri Andorra pada 20 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Dengkil, Batang Kali antara lokasi jualan murah barangan asas Sabtu ini

SHAH ALAM, 30 MEI: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) Sabtu ini dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan diadakan di Pangsapuri Intan, Taman Bukit Permai (Teratai), Blok 1 Taman Sri Lembayung (Kota Kemuning), BBST Walk@Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi (Dengkil) dan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung (Batang Kali).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :