Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Empat daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 25 MEI: Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 9 malam, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook turut memaklumkan cuaca sama diramal melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :